27 February 2011

Cerita Seram Rumah Sewa Berhantu RM50 Di Shah Alam

السلام عليكم
Malam tadi sedang aku tgh syok berblogwalking moon aku terjah lah Blogserius . Tiba² terbaca satu kisah seram nih . Aku baru baca separuh je , tapi bulu² aku semua naik meremang . Gila seram . Terus aku stop baca and decided nak baca pagi ni mati Cerita mmg pnjang mcm novel dah . Tp , tak rugi kalau korang luangkan sedikit masa korang untuk habiskan cerita ini :19:



Inilah gambar rumah hantu tersebut. Sewa sebulan cuma 50 ringgit di seksyen 2. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Kepada penulis asal cerita ini...terima kasih la kongsi cerita ni..

Masa di ITM dulu memang kami tahu fasal rumah berhantu ni...sewanya murah, tapi kami tak pernah nampak ada orang sewa rumah tu..lokasinya betul-betul dekat dengan Wet World. Kami selalu berjalan kaki dari seksyen 2, melalui Wet World tersebut. Tapi kami tidak pernah mengetahui ‘kekerasan’ tempat tersebut

Rasanya sampai sekarang pun tak ada orang tinggal..
_______________________________________________


TRUE STORY!!

Huhuhuhu seram juga cerita nih.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310

________________________________________________

Credits ; Lowyat and Blogserius




158 comments:

  1. @Nur Munirah haha . tahu takpe . kalau baca mlm2 ,comfirm ta boleh tido punyeee (:

    ReplyDelete
  2. @Wawa Haikal hahha . hati2 kat rumah tuh . jgn pandai2 cangkul busut blakang rumahh :P HAHAHA !

    ReplyDelete
  3. Huhu ,
    Takodd nyaa ,
    Suma laki ehh ,
    Engadkn akk y kena :p

    ReplyDelete
  4. peehh . bila baca , rasa macam tak percaya pulak benda macam ny betul betul jadik . ingatkan ada kat filem jea . haishh . seram -,-

    ReplyDelete
  5. @Budak Ketot huuuiiiihh . kalo sy yg kene , mmg gamat dunia . HAHA .

    ReplyDelete
  6. @nuramira itulah . cerita dye kalah filem khurafat nih . dah lah semua laki . kalau perempuan entah mcm mane lah agaknyer .

    ReplyDelete
  7. @ame :D huuuu . tatot kan ? haty2 kalau dok kat rumah sorang2 tuh :P

    ReplyDelete
  8. Dah tahu dah kisah ni cume tak tahu detail je. Nak caye pon kengkadang mcm susah. Haha. Tapi mmg berlaku kan. Soram lerr.

    ReplyDelete
  9. @Waniy Wan tuh la . kalo nak percaya , kang kite pulak yg tkot kan :P

    ReplyDelete
  10. woahhh . cite nie lg seram dr khurafat . bru hr ke2 dh kne . haish , tuan rumh tu pun xptt la buat mcm tu . pttnye bgthu dorg awl2 . tgokla , smpai mninggl kwn2 dorg . memg xptt sgt2 :(

    ReplyDelete
  11. baru baca semalam gak..tapi siang hari lah..giler seram dan sedih endingnya...

    ReplyDelete
  12. takud gilee laa . sian dekat arwah naim dan salleh .

    ReplyDelete
  13. @S Y A M I R A

    Kalau sye yg kna, mmg demam berhari-hari!!

    ReplyDelete
  14. eee kisah bnar lg tu..
    tetap kesian :(

    ReplyDelete
  15. memang seram betul lah.. tapi kesian jugak dengan orang yang mninggal kaki kena gilis sbb hancurkan busut tu. :'(

    Trauma kita jadinya

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. syamira, kenapa cerita nie seram sngt ?!

    ReplyDelete
  18. Fuhh , Peluh peluh bace entry ni T.T
    Sedih betull .

    ReplyDelete
  19. x abes bace.. baru bace suku post ajer.. x brani nk bace abes.. perghh serius x ley tido mlam ni.. *ketar ketar

    ReplyDelete
  20. AHAHAH ! XD Kalau phone yg mhl xpela, ni sape brni ambek la, phone 3310 xD LOOL, sape la yg nk ambek xP

    ReplyDelete
  21. mmg tk berani nk bce mlm2 . serammm .

    ReplyDelete
  22. pergh! seram bace. kalau malam2 duk bace ni confirm tido tak tutp lampu.

    ReplyDelete
  23. dah tau dah cite ni, tapi Xtau lah plak yang Salleh meninggal...
    anyway, takziah kpd kluarga arwah Salleh dan arwah Naim. Semoga mereka tergolong dalam golongan yang dikasihi dan dilindungi oeh Allah S.W.T

    ReplyDelete
  24. salam syamira..

    seram giler cita ni..
    saya minta izin nak share..tapi saya link kat blog syamira..saya kasi bunga2 jer n terus link kat cni..

    ReplyDelete
  25. @nabilameera tuh la psal . mmg tak ptot btol tuan rumah dye tuh ,

    ReplyDelete
  26. @zuk zuhaiza sy pown sambong bace siang hari .heee . ta brani :P

    ReplyDelete
  27. @[are~tiQah] tp kalaus sy yg kena , sy pengsan berhari2 ! haha :P

    ReplyDelete
  28. @SaySay itulah . smoge kawan2 mereka yang lain mndapat perlindungan dari Allah .

    ReplyDelete
  29. @SyamimiZaini pengajaran : jgn gatal2 tangan nak g cangkul or kais2 busut blakang rumah :P

    ReplyDelete
  30. @CT AiSYaH heee . tahu tak pe . bila nak tido mlm , asyik terbayang2 je .

    ReplyDelete
  31. @Sharifah Khadijah peluh sbb sedih ke , peluh sbb seram ?? heeee :P

    ReplyDelete
  32. @Marshmallow bace lah smpai habis . msty 2 hari tak boleh tido :P

    ReplyDelete
  33. @Anonymous tau takpe . ntah2 antu kat situ yg rembat enset dye :P

    ReplyDelete
  34. @nhba :) heee . jgn smpai tak tido mlm dah la :P

    ReplyDelete
  35. @miss sixteen first tyme sy bace , tyme nak tido , bukak sume lampu . hahaha

    ReplyDelete
  36. serammm ! hadehh , akk buat seram org aja :( dah la say dok kat shah alam . sekolah agam dketa ngan seksyen 2 . hadehhhh

    ReplyDelete
  37. @Cik Ainaa Mania heeee . nanti esok g wat lawatan eh . pergi rumah bnglo tuh :P

    ReplyDelete
  38. Seramnya..rumahnya pon seram..nk nangis je baca cerita ni..mcm mana lah nk tido mlm ni.teringat pulak cerita ni.. T_T

    ReplyDelete
  39. @Nur Asyiqin hahaha . tuh la padahnyer blogwalking mlm2 :P heee .

    ReplyDelete
  40. Heee , seram giler . nasib baik tak baca tgh2 malam . btw , citer betul ek ? kalau ye , sian sangat2 . huhuhu .

    ReplyDelete
  41. seram jugak lahh ,,, kesian pun ade .. hihikk ..

    ReplyDelete
  42. bce nan mmbe,,bia sme2 rse tkot

    ReplyDelete
  43. seram gila laaa :/ kalah khurafat . haha :D

    ReplyDelete
  44. seramnye... mengalahkan cerite ju-on...

    ReplyDelete
  45. nombor hp tu brape.....bateri dh abis ke....ke 'hantu' tu dh caskan...nk try jugk tepon

    ReplyDelete
  46. mmg seram . . .

    ReplyDelete
  47. tapi aq xpenah jumpe lagi
    harap2 jng la jumpe . . .huhuhu

    ReplyDelete
  48. pergh!hari tuh kat fb pun ada gak tp tak brani baca. huhu.
    then.tgk syamira puny cita ni.
    pun nak baca gak.
    tp tgk title tak brani.
    hari ni bru brani baca.
    fuhh. seram gila cita ni.

    ReplyDelete
  49. cu...tu rumah nenek cu...kenape cucu letak kat sini cu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ble apasal tu rumah nek nek lain kali nek jangan tinggalkan busut tu kat situ

      Delete
  50. fuhhhh..
    gyla2 r..
    mmg seram habehh..
    x tdo mlm la i..
    :)

    ReplyDelete
  51. seram gile ..
    n kesian kat membe-2 dye ..

    ReplyDelete
  52. mntak share,,plezzz....t'amat seram,,bhaii~~~`[m'geletar niee..]huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  53. hurmmmmm .... bole habis kn x citer psal rmah "b'hantu" tuh .... nk tau gax citer psal umah tuh ... hehhe

    ReplyDelete
  54. fuu~ tgowk gmbar pun da cukup menyeramkan .

    ReplyDelete
  55. :( seram + sedih ..

    kesian diaorang .. ingatkan akak tengok movie then cite , sampai saya baca akak kata 'INI KISAH BENAR' ... dah la saya baca malam malam ..

    ReplyDelete
  56. :( sedih cerita ni , kesian diorang , tuan rumah tu pun bengap sangat tak bagitau , kan dah ambik nyawa orang ... :'(

    ReplyDelete
  57. erm akk, spe yg kene kacau sbnrnye ? akk ke ? or akk copy paste ?

    ReplyDelete
  58. xley seram lgi kew ?
    sampai 2 owg skli meningal ?
    kecut perut aq bce cte nie .,.
    hahaha

    ReplyDelete
  59. meremang bulu rome bile aku baca...
    seramm gilee

    ReplyDelete
  60. saye x bace lagi , ngeh2

    ReplyDelete
  61. Ne baru sy paham yg awk copy dr citer kat blog org. Mule mule bace igtkan awk tinggal ngn laki. Tgk credit bwh bru paham. haha.
    Neway, best dan SERAM.

    ReplyDelete
  62. wahh ! seram kudd @_@
    kaq syamira , saya minx izin share boleh cerita nihh ? tapi sayaa credit kenn dekat kaq syamira lhaa yeah :)

    ReplyDelete
  63. pompuan 2 arhwah adik aku....
    maaflah yer kesulitan yg berlaku...
    busut 2 dulu ada buiayan tempat dia bermain...
    selamat beramal...
    salam..

    ReplyDelete
  64. akhirnya , dpat jugaa tngok rumah nih . i da taw lama psal umah nih . teringin nk tngok . tataw kat mane . thanks buad entri psal nih . then , last week . ckgu i cerita pasal kejadian kat umah uh .

    ReplyDelete
  65. (:

    x pecaye plak sek7, shah alam yg disebut 8C
    yes! papepon just nice, fon aku baru kene cilok/fon-nap. that phone wud be just fine, thanks! haha
    alah, xpi rasenye da xde ah fon 2, da ade org ambek kot or...paham2 je la
    huhu, thanks 4 the offer though lol

    ReplyDelete
  66. huh ! mcm tak caye ! takut n seramnye !
    mujur baru petang.. :)

    ReplyDelete
  67. Seius gila seram . baru baca setengah jalan dah meremang bulu roma . Pehhh !

    ReplyDelete
  68. kak mira,saye nak mintak izin kongsi cerita neh boleh ??

    ReplyDelete
  69. haha..try la pegi..rase sendiri..i've been there n have my own experince..

    ReplyDelete
  70. OMG ! haha . bace ini article around 2 a.m . luckily , abg x tido lagi . kalau x dah takut sensorang .

    ReplyDelete
  71. haish...yg gatal sangat pergi korek busut tu wat ape...tpi aku rase kesian pulak dgn salleh dan naim tu...emm... tapi ada bonus hp pulak kat rumah mesteri tu.. yg berani je dpt ambil..huhu.. sapelah yg berani..

    ReplyDelete
  72. Tegak bulu roma wa cakap sama luuu!

    ReplyDelete
  73. sedih && seram :(
    Al-fatihah bt salleh & naim..
    mohon share :)

    ReplyDelete
  74. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  75. LOL. Waittttttttt. Ni betul2 erkk? LOL. mcm movie o.o ftw ! cerite ni indeed lebih takot dari cerite seram di dunie :O MMG GILE GILE TAKOT AH. :O dunie ni ade hantu ke? Hishh . Tak percaye la. But,tergugat imanku ni xD seram la sgt2 :O

    ReplyDelete
  76. wooo, seram, ni ade lagi satu cerita, korang nak dengar kat sini ker kat blog saye??? cerite ni fasal akk saye kene kacau kat sebuah "shelay" kat Melaka, Village Inn

    ReplyDelete
  77. kalau korang nak tau tulis kat shoutbox saye http://moonamey-moonamey.blogspot.com/#

    ReplyDelete
  78. btw,cerita ni best and bole membuatkan org ta dok diam dan ta bole tido mlm..hihihihi

    ReplyDelete
  79. sebab apa eh rumah ni boleh berhantu sampai macam ni?

    ReplyDelete
  80. sebab apa eh rumah ni boleh berhantu sampai macam ni?

    ReplyDelete
  81. cerita yng menyeramkn....terbaek.....

    ReplyDelete
  82. boleh bagi no telefon tn rumah tu tak? saya tinggal di seksyen 3 shah alam. saya berminat nak sewa. sebab saya dah lama ikut seorang ustaz ni kejayaan 100% dlm memancung dan membunuh hantu2 dan makhluk halus serta jin. sebelum ni kami pernah pancung berpuluh-puluh hantu yang menganggu kat bangunan kebudayaan di seksyen 7, shah alam. tolong reply. tk (khairi)

    ReplyDelete
  83. al-fatihah untuk yang sudah tiada.
    berfikirlah sebelum membuat sesuatu. dia pun makhluk tuhan. cume kt tk nmpk jer......

    ReplyDelete
  84. seram....! sebab akulah slah sorang dari citer ni.....seram memang seram...tak sangka citer dah tersebar dah kat bnk2 blog

    ReplyDelete
  85. baca je dah seram apatah lg klw duduk dkt rumah tu . Tp yg peliknye kenapa arwah naim dgn salleh gali busut tu . .

    ReplyDelete
  86. baca je dah seram apatah lg klw duduk dkt rumah tu . Tp yg peliknye kenapa arwah naim dgn salleh gali busut tu . .

    ReplyDelete
  87. apa sebenarnya ada dalam busut tu??

    ReplyDelete
  88. mmg seram sesangat nasib baik baca siang siang,fuihh....tapi bile dah baca mesti nak baca lagi hahaha :))

    ReplyDelete
  89. Jangan lupa saksikan filem Rumah sewa RM50 akan datang di Pawagam ya! :)

    ReplyDelete
  90. Nur Syana IsyaraApril 3, 2013 at 7:28 PM

    puih... seram gila boleh!! kalau nak percaya, takut..... kalau tak nak percaya, lega siket......

    ReplyDelete
  91. Nur Syana IsyaraApril 3, 2013 at 7:30 PM

    puih... seram gila boleh!! kalau nak percaya, takut..... kalau tak nak percaya, lega siket......

    ReplyDelete
  92. this isn't look like a banglo..

    ReplyDelete
  93. hahaahahahahahahhaa . . . Nih Citer BetulLarh Skang Rumah Nih Dh Jd Cm Tempat Pelancongan Dah Ramai Ouh Datng . . . Tp Pakwa Akk Sedara Saya G Citer Benda Nih Kat Tepi Kubur Mana X Seramnnya . . . Ish3 Teruk Betul . . .

    ReplyDelete
  94. Ya Allah, seram. kesian yang meninggal tu. saya pernah lalu rumah ni. Wallahuallam.

    ReplyDelete
  95. Seryes aq ckp n x tpu..aq bru pg rumh tu dlm kol 1 td.sje nk tgk2..rumh still ok lg utk dsewa..tp..tepi rumah tu mcm seram..aq x pasti r ap aq npk prigi ker ap nth..lps tgk rumh tu.alang2 tu..trus pg rumh mona fendi kt seksyen 12.perghh..bsar gler mcm istana..seryes x tpu..kalo x cye..search sdri kt google..bsr gler.

    ReplyDelete
  96. Seryes aq ckp n x tpu..aq bru pg rumh tu dlm kol 1 td.sje nk tgk2..rumh still ok lg utk dsewa..tp..tepi rumah tu mcm seram..aq x pasti r ap aq npk prigi ker ap nth..lps tgk rumh tu.alang2 tu..trus pg rumh mona fendi kt seksyen 12.perghh..bsar gler mcm istana..seryes x tpu..kalo x cye..search sdri kt google..bsr gler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laen kaly nk pg ckp ek .. nk join ..

      Delete
  97. Huh Seram Tpi Best kawan sye bile besr nnti die ckp nk try duduk kt siu die ckp

    ReplyDelete
  98. cam ne nk gi sane ek ??

    ReplyDelete
  99. teres ngan banglo dah sama level, tuh pon xreti nak bezakan ke. Alahaaiii~ kesian.

    ReplyDelete
  100. macam mn nk g sana ek?? and boleh tak aku tahu rumah mona fendi skali?

    ReplyDelete
  101. aku mungkin akan tinggal kat rumah tu sorang..terpakse sebab murah..^_^..

    ReplyDelete
  102. AQ NK PEGI RUMAH NIH !!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  103. Assalamualaikum , aku ngn member2 aku dah ushar rumah tu, insyaAllah lepas SPM(2013) aku ngn member aku nk masuk rumah tu, kalau tk jadi aku pergi Highland Tower , nnti aku rakam aku kasi korang tgk, kalau korang nk ikut boleh jugak ^^

    ReplyDelete
  104. x betul cite ni..kisah sbtulnya jiran sblah rmh 2 mintak spaya owner rmh 2 d jual krna dia nk bsarkn lg rmhnya tpi owner x nak katanya utk anak2 bila bsar nti.Itu lah kisah sbnarnya..mak sdara aku tinggal block yg sama..rmah no 4 dari kanan.




    ReplyDelete
  105. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  106. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  107. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  108. dulu ustz azhar idrus nk pegi rmh 2 tpi bila tau kisah sbnr dia cncel..katanye..nataaaan nguh,sape buat cite lebong.

    ReplyDelete
  109. hset tetinggl? hantu 2 msti pikir.."aku nk topup nti MAXIS ke CELCOM..ke DG?

    ReplyDelete
  110. Saya nak bertaye..klau dapat msuk sekali pun mseti salah sorg dari geng sya yg kn...sbb ari tu sy ade pergi tgk umh Sewe itu...tpi just kt Luar je..mastu an Geng sya Cume 5 org je. time tu..lagi 3 org tgh busy...so time kt luar tu pun sy dah ternapak kelibatang nye..tpi time tu jam 4.30 A.M. masti sy ckp kt kwan sya buka pintu kereta aq nak kuar tgk..so dia bukan lah..lepsa tu sy terus ke pagar umh tu..sy napak ade seorg dak girl tgh lamby yg itu yg pretame yg kedua lak sya napak ade ade budak boy ky beranda atas the last want sy napak ade seorg lagi budak biy kt laman belakang umh suruh sy dng gang sy balik..itu je..lagi pun time tu sy just nak tgk je..boleh msuk ke x..harap tlg balas.Tq

    ReplyDelete
  111. Salam
    Kpd penulis cerita ni boleh tau sapa budak arwah naim tu sbb saya juga org raub.saja nk tau

    ReplyDelete
  112. Hp 3310 yang tinggal? Hahaha lol :3

    ReplyDelete
  113. Harga market brape. Ak nak beli rmh tu

    ReplyDelete
  114. Kalau pasal hantu selama ni sy mmg tk percaya.tp bl bc cite ni mcm real pun ade.sbb smpai ade yg meninggal.itulah kalau kita masuk sewa mane2 rumah pun yg penting buat doa selamat dulu.kalau kite tk kacau die,diepun tk kacau kite.selama sy hidup sy tk pernah jmpa hantu apalagi yg boleh bunuh orang.

    ReplyDelete
  115. utk makluman semua,3310 tahun 2000 bru keluar...apehal plak dia ni crita dgn hp,laptop bagai dlm cita ni...x masuk akal,bc utk hiburan bole la,yg nyata cita ni x sesuai teknologi dgn tahun kjadian

    ReplyDelete
  116. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  117. awat plak crita ni x sesuai dgn teknologi dan tahun..sesuaii paa...teknologi hp nokia 3310 tahun 2000 baru kuaq..crita ni di taip pada 27 feb 2011 berdasarkan pengalaman si penulis 9 tahun lepaih.. tahun 2002 la hp nokia 3310 tu tertinggai kt umh tu..awat hang nk pi amik ka.. hehe

    ReplyDelete
  118. Now watching "BANGLO SEKSYEN 2 @ ASTRO RIA"...:-/

    ReplyDelete
  119. Eeeeh... Seram seh

    ReplyDelete
  120. Takziah.kpada meraka beduaa..::'( berani jugak yee...

    ReplyDelete
  121. Aku Keje Dkt KFC, Dan hostel aku btol2 depan rumah banglo tuh.. AtoiYaii..

    ReplyDelete
  122. Kasihan engkau org kena tipu tuan empunya rumah.kalau aku,aku sue je tuan rumah tu sebab bagi sewa rumah berhantu kat kau org sampai menyebabkan member kau org meninggal.kasihan.

    ReplyDelete

Senyum sebelum comment :)

 
©copyright S Y A M I R A all rights reserved