29 March 2013

Snow World , Taman Metropolitan & Sunway Lagoon !

السلام عليكم



Alhamdulillah , pada 9.3.2013 Dato' dah tamat latihan sebagai Perajurit Muda di KD Sultan Ismail,Pengerang , Tanjung Pengelih , Johor dan aku berpeluang ikut family dia ke sana untuk tgk dia dalam Perbarisan Tamat Latihan . Terima kasih tak terhingga kepada kak Fara (Dato's sista) sbb dia yang ajak aku .Gambar di atas ni Divisyen Pendekar . Ada banyak lagi divisyen lain tapi aku capture divisyen yang ada Dato' je . hehehe . Masa Dato' cuti selama 2 minggu , bukan main seronok aku .Macam2 tempat kami pergi untuk spend time together dalam masa 2 minggu tu . Antara tempat yang kami pergi :

#1 : Snow World,Genting Highlands


Rumah kami actually tak jauh pun nak ke Genting ni . Kalau naik kereta , setengah jam atau 45 minit sampai dah . So , kami decide nak masuk Snow World sbb selama ni kalau pergi Genting mesti tak berpeluang nak masuk sini sbb diorang tgh renovate . Tiket masuk dewasa RM30 seorang . Boleh jalan-jalan dalam ni dengan masa yang diperuntukkan selama 40 minit sahaja .Kesejukan dalam Snow World ni mencecah 5-6 darjah celcius .Bagi orang jakun mcm aku , memang seronok lah . hahahaha



Tempat dia tak adalah besar mana tapi boleh lah kalau nak berangan ala-ala dalam dunia Narnia kan ? hahaha . Boleh main slide guna pelampung lagi tau youuuu ~



Dato' saya pose mcm ni ok tak ?

#2 : Taman Metropolitan ( Taman Layang-Layang )



Taman Metropolitan ni terletak di Kepong . Since my sister's house just nearby je jadi aku ajaklah my sister,my mum and my brother-in-law pergi taman ni sbb nak ajak Dato' main layang-layang dekat sini . Memang besar taman ni . Ramai orang jogging , picnic ,bawak anak jalan-jalan , excercise . Memang seronok . Layang-layang kat sini dah siap dijual dengan talinya sekali . tak payah risau . Beli je dekat sini . Macam-macam harga dan warna yang ditawarkan .



Layang-layang kami :) terbang tinggi tak berapa nak tinggi tapi akhirnya jatuh ke tanah juga . hahaha . Terima kasih to my brother-in-law sbb sanggup berlari dengan Dato' nak terbangkan layang-layang ni . hahaha

#3 : Sunway Lagoon 



Seumur hidup aku tak pernah lagi jejak Sunway Lagoon ni . Kesian . Jadi aku nak sangat pergi sini dgn Dato'.Tiket masuk RM90 seorang . Deposit RM 10 seorang .Gambar dekat atas ni benda pertama yang kami naik dan memang seram gila . pusing 360 darjah woiii ! Lepas naik benda ni , kepala aku pusing dah . Pening gila . Lain kali kalau korang tak bersedia lagi ,pergi naik benda lain dlu . Jangan naik ni . hahaha



RM90 untuk tiket masuk tu merangkumi all park . Dalam Sunway Lagoon ni ada 5 parks . Water Park,Extreme Park , Scream Park , Amusement Park ,and  WildLife Park . Semua best sangat ! memang tak rugi pergi sini .Extreme Park , Amusement Park and Water Park are my favourites !



Bila dah menjerit, gelak ketawa semua , perut jadi lapar . Jadi kami jalan kaki ke Sunway Pyramid untuk cari makan . Nando's !

Sampai di sini saja aktiviti traveling kami . Actually ada banyak tmpat lagi kami pergi tapi tak larat nak sumbat semuanya ke sini . Anyway , wishing Dato' all the best . Bulan 6 kita jumpa lagi ye Dato' (: 


09 February 2013

Percintaan Jarak Jauh ; Aku dan Dia


السلام عليكم
Percintaan  jarak jauh atau lebih dikenali dgn LDR ( LONG DISTANCE RELATIONSHIP ) ni memerlukan kepercayaan yang kuat antara satu sama lain . Kena jujur , setia dan macam-macam lagi lah . Sebab memang banyak dugaan ! kadang2 bukan apa , kita takut ada orang ketiga yg interframe pulak kan ? hahaha . Gambar di atas gambar lama ,masa ni aku rasa aku tingkatan 4 atau 5 kot . Tak ingat .Memori hari sukan sekolah , Dato' ketua rumah sukan ungu . Aku ni anak buah dia lah lebih kurang . hahaha . Masa sekolah nak pakwe atlet je kan ? :P

Sekarang ni kami masing-masing 19 tahun . Muda lagi , ye aku tahu itu . Aku pun tak sangka yang hubungan kami dari tingkatan 1 yang aku sangkakan hanya cinta monyet tetapi masih sampai sekarang . Alhamdulillah . Siapa nak perpisahan kan ? aku pun kalau boleh nak dia menjadi the first and last love bagi aku . Insya-Allah .( ececehh :P ) Sekarang ni aku still study in Form 6 ( Sem 2 ) dan Dato' sekarang on training dengan TLDM . Kalau dah dua2 belajar , siapa nak cari duit kahwin kan ? So , rezeki dia dapat masuk team navy TLDM , dia pun tak menolak mengenangkan impian kami bersama satu hari nanti . hahaha .


Terpisah 302 batu .Oleh kerana Dato is on training under navy . Aku tak boleh contact dia selama 6 bulan . 6 bulan aku tak dapat jumpa dia . Dia sekarang ni di Johor Bharu . Aku selalu juga pergi ke JB tetapi tempat dia tu lebih jauh dan masuk ke pedalaman sikit .Sekarang ni dah masuk 5 bulan dia di sana dan Alhamdulillah hanya ada 1 bulan je lagi untuk kami bertemu . Semoga semuanya berjalan lancar . Aku mmg tak sabar nak jumpa dia . Maklumlah , 6 tahun kenal ,tiba-tiba 6 bulan tak jumpa . Kadang2 bagus jugak LDR ni sbb orang cakap kurang maksiat yang jadi depan mata kan ? haha . Tapi nanti Dato' balik 2 minggu je cuti :( Tapi yang bestnya LDR ni part mengutus surat .

 
Memang seronok bila time dapat surat . Maklumlah , Dato' tak boleh bawak handphone jadi alternatif yang ada hanya dengan mengutus surat . Romantik ohh . Hahhaa . Tapi bila seminggu tak dapat surat , gundah gelana hati aku ni . Kalau duduk bosan di rumah , habis semua surat aku baca balik . Kadang2 10 kali baca pun boleh menangis lagi . hahaha

Akan ku nantikan kepulangan Dato' pada bulan hadapan . 30 hari lagi . Insya-Allah . Bersabarlah wahai hati ! Terima kasih kepada rakan2 yang sentiasa ada waktu aku sedih dan dengar segala cerita aku .

 
©copyright S Y A M I R A all rights reserved